12 July, 2011

Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 9 Julai 2011



Petualang / Penyebab / Penganjur Bersih 2.0








Assalamualaikum...
Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 9 Julai 2011 yg baru² ni dianjurkan di Kuala Lumpur mmg menyusahkan orang ramai...Perhimpunan ini dikatakan didalangi oleh pihak pembangkang ini yg dipengerusikan oleh Ambiga (bukannya wakil rakyat pun / cuma bekas Presiden Majlis Peguam) antara lain menuntut :

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undian Pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor


Masalahnya bukan tak boleh tuntut perkara² tersebut,tetapi biarlah kepada saluran yg betul...BERSIH itu sendiri memperjuangkan pilihanraya yg adil..So, kita kan ada badan yg menguruskan pilihanraya..so,pergilah jumpa..kenapa mesti nak diselesaikan di jalanraya?..Apa muslihat nya?..Mmg betul dalam Perlembagaan Malaysia membenarkan kebebasan bersuara..tapi kalau dah menyusahkan org awam dan menyebabkan kacau bilau,adakah ia harus dibenarkan?..Adakah ini yg kita nak tunjukkan kepada negara luar?..Sedangkan pelancong negara luar sedia maklum bahawa negara kita Malaysia mmg terkenal dengan aman dan makmur..Adakah kita mahu pelabur asing juga takut utk melabur dinegara kita?..

Tahniah juga diucapkan kepada pihak PDRM yg berjaya menyekat perhimpunan agar tidak ada perkara² yg tidak diingini berlaku..Kalau anda sebagai pemimpin pun..adakah anda ingin negara yg anda pimpin berada dalam keadaan kucar kacir?..Kadang-Kadang, kita berasa KESIAN/KASIHAN kpd peserta² perhimpunan haram nie..kalau dilihatkan..majoritinya org melayu..ada org tua yg kalau diikutkan 'rumah kata pergi,kubur kata mari'..perempuan pn ikut sekali sehinggakan kanak-kanak turut diheret sama..bila ditanya,'tak tau pasal ape,ikut kwn ja'..knp kita mesti bergaduh sesama kita?..bukankah kita harus bersatu?..Adakah dalam Islam menyuruh kita berpecah-belah sekiranya tiada persefahaman?..Sepatutnya sekiranya tiada persefahaman, kita berbincang mencari jalan penyelesaian yg terbaik..bukannya bergaduh sesama sendiri?..Org lain hanya gelakkan kita saja...Dulu hang kata 'kesian dgn budak² muda nie...dibayar rm200 semata-mata panjat tiang n pokok nak pasang bendera'..tapi hang pn sama..bayar utk join perhimpunan nie(kata salah seorang peserta la)..Pi Mai Pi Mai Sama jugak!.. Dah la dengan sekatan jalanraya di sekitar KL..lagi hanya menyusahkan org ramai..kebanyakan mereka terlepas ut menghadiri urusan yg telah dirancang..nak marahkan Polis?..tak boleh juga...kalau Perhimpunan Haram ni tidak diadakan,mestilah tiada sekatan-sekatan jalanraya nie..tp klu tiada sekatan jalan raya,tiada yg menjaga drpd perkara ini berlaku lebih teruk lagie,hang kata Polis tak buat kerja pulak..Pihak yg buat perhimpunan ni pulak sekadar mahu mencari publisiti murahan dengan mengadakan demonstrasi jalanraya yg langsung tiada faedahnya!..yg pemimpin sedap duduk di hotel,minum²..yg kita dibawah ni pulak yg bercakaran sesama kita..

Maaf la kalau ada yg terasa..kita ni bukan berada dimana² pihak..sekadar ingin melihat keamanan di negara Malaysia senantiasa terpelihara..kalau Malaysia aman,kan senang nak cari makan..senang nak berjalan..pelabur senang nak melabur..kan untung negara kita jugak..janganlah terikut² sgt pihak² yg tidak bertanggungjawab ni yg mahu melihat Malaysia kucar kacir dan bergaduh sesama sendiri..perlu diingat,di Malaysia inilah kita lahir,di Malaysia inilah kita cari makan,di Malaysia inilah kita membesar dan di Malaysia inilah tanah tumpah darah kita..bersamalah kita menjaganya supaya senantiasa harmoni..Kita Menyokong Pilihanraya yg Bersih Dan Adil..Tetapi Kita Tidak Menyokong Perhimpunan Haram Dan Demonstrasi Jalanan..Renung²kanlah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...